Recent Post

25 June 2013

Kesian mereka... Bos tak prihatin ke?

Jun 2013 berlaku lagi jerebu yang teruk di Malaysia. Boleh dikatakan setiap tahun berlaku jerebu ni disebabkan kerakusan manusia dalam mengejar keuntungan semata-mata dan pentingkan diri sendiri. Sememangnya manusia sendiri yang akan membangunkan dan memusnahkan bumi, sesuai dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqara 2:30).

Apa yang kita sebagai orang awam boleh lakukan adalah berdoa meminta bantuan daripadaNya dan berusaha melakukan sesuatu seperti membantu orang lain dengan memberikan panduan bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga agar sekurang-kurangnya dapat mencegah daripada memudharatkan kesihatan. Menulis di Facebook atau di blog seperti saya juga amat baik untuk memberi teguran yang membina ke arah kebaikan.

Jadi, blog saya kali ini adalah ingin menegur dan memberikan renungan kepada pihak yang terlibat atau majikan khususnya agar jangan pentingkan diri sendiri dan membiarkan pekerja bawahan terima padah daripada kecuaian atau 'over looked' tentang keselamatan dan kesihatan mereka.

Perkara ini sepatutnya tak patut dibiarkan. Apa salahnya jika ketua atau penyelia cepat-cepat ambil dulu duit poket sendiri dan belikan 'mask' untuk mereka?



Tak terkecuali juga kepada perniagaan yang melibatkan pernafasan seperti mengecat dan sebagainya. Tidak dinafikan majikan memang lepas tangan. Ya, memang sebilangan besar majikan sebegitu. Sekarang dah tahu kan? Tunggu apa lagi, bertindaklah sekarang juga!



20 June 2013

Surau Jamek IJN

Pada 07.06.2013 Jumaat yang lepas saya dan anak ke Perpustakaan Negara. Bila masa nak masuk solah Jumaat dalam 30minit, terus pergi ke kaunter Pertanyaan dan tanyakan di manakah Masjid yang paling dekat untuk solah Jumaat. Lalu pegawai tu pun cakap 'abg boleh ke IJN kat sebelah sana kat bangunan baru, tingkat 7. Di sana ada buat solah Jumaat'. Dalam hati pun berkata 'alhamdulillah, ada tempat solah Jumaat yang dekat. Hmm.. Besar juga surau IJN tu'.

Dipendekkan cerita, kami terus menghala ke sana. Bagi membantu viewers blog ni yang belum pernah ke situ, route: masuk je ke lobi bangunan baru, terus ke belakang hala ke cafe, belok kiri dan terus, lepas tu ke kiri untuk ke lift. Naik tingkat 7, betul-betul depan lift pintu surau tersebut (tak berpintu pun).

So, ini sedikit foto untuk dikongsi




Ni pula tempat wudhu

Gayat wo kalau ngitai sebelah tempat wudhu, tinggi la juga. Kalau yang sakit jantung tu takpe sebab dah kat IJN kan :D.
Point saya ialah saya respect kat IJN sebab menyediakan surau (ada yang sebut musolla) yang selesa dan luas. Imam pada hari Jumaat tu pun memang nampak professional cara penyampaian khutbahnya, cuma headset/mic imam problem. Potong stim betul, tapi selamat saya dan anak duduk saf pertama, dapat la dengar khutbah walaupun tanpa mic.

Sekian..

12 June 2013

Paip Bocor

Saya nak kongsi maklumat dengan pembaca tentang kejadian paip bawah tanah bocor.
Saya sedar tentang kebocoran tersebut tetapi tidak pasti di mana punca kebocoran tersebut dan teruknya kebocoran tersebut.
Biasanya bil bulanan SYABAS yang diterima tidak sampai RM10.00 dan kerap juga terima bil yang kosong nilainya. Terkejut chimpanzee juga bila bil bulan ni cecah RM100 lebih!

Ini adalah video keadaan meter yang kelajuannya memang luar biasa

Ini adalah keadaan kawasan car porch. Ada kebocoran berdekatan bawah kepala paip utama.



Beberapa percubaan untuk mengenalpasti tempat kebocoran tersebut dengan menutup tuil meter, tiada kedengaran kebocoran atau air mengalir. Kemudian tutup tuil kepala paip utama dan buka tuil meter, didapati air bocor dan kedengaran bocor serta meter meningkat laju.
Yang saya respect sangat ialah sikap perihatin seorang pegawai SYABAS yang meninggalkan surat untuk menyarankan saya untuk membuat pemeriksaan kebocoran. Saya yakin beliau telah sedari perkara ini setelah melihat meter meningkat dengan begitu ligat.
Ini adalah surat tersebut.

Terima kasih SYABAS, En.Azmi bin Mahmud.