Recent Post

29 December 2012

Resipi Baru, Ayam Gantung! Bessttnye..

29hb Dis 2012, Sri Gombak...

Tajuk macam kat akhbar yang biasa kita tengok la. Baru la laris akhbar-akhbar kalau ada tajuk-tajuk yang berdentum & menyentap seperti kes rogol, kes jenayah, pendek kata mestilah yang dasyat-dasyat & buruk-buruk. Ada tak berita kat muka depan seperti contohnya si Pulan juara hafazan AlQuran, si Pulan baru berumur 7 tahun tapi seorang hafiz? kan berita hebat juga tu..! Maaf, lari dari tajuk pula :). Anggap je ianya iklan.
So, balik pada tajuk dan intro (Gombak) di atas. Sekadar nak share informasi dan menggalakkan minda kita untuk berfikir, kaji & analisa, faham & bertindak terhadap sesuatu yang zahirnya nampak kecil sahaja tapi kesannya memang tak baik kepada fizikal & spiritual kerana apa yang kita makan akan menjadi DARAH DAGING kita nanti termasuklah kepada ZURIAT kita.


ZOOM:
Alah... kecil je problem tu.. cuma gantung kat besi karat yang tak pernah basuh, cuma dibasuh oleh air hujan & air tapak kaki tikus je (bisikan hati orang yang tak faham). Pernah dengar kan berita anak terajang, tumbuk ibubapa? Lebih teruk lagi ada yang sanggup bunuh ibubapa sendiri! Kesan dari pengaruh sekitar seperti tv & kawan-kawan? Ada betul juga, TAPI itulah yang kita nampak kan? Itu yang zahir, tapi yang batin? Jadi, pentingnya makanan yang bukan sahaja HALAL malahan TOYYIBAH lagi. Cukupkah sekadar makanan yang halal yakni tanpa campuran bahan haram? Adakah cukup makanan tersebut halal serta disembelih mengikut syariat Islam tapi hilang toyyibah nya. Faham kan? Tak kut.. Kalau faham kenapa masih ramai yang bernama muslim & muslimah masih menjamu selera di kafe kopitiam yang tak diiktiraf halal oleh JAKIM (yang hairannya, kafe tersebut dah hampir atau lebih 10 tahun beroperasi). Ingat halal je tak cukup kalau tidak diiringi dengan toyyibah.