Recent Post

27 September 2012

Saman Parking

Kasihan... kotak parking pun tiada, namun saman tetap saman! Collection beb!




Pernah kita terfikir tak, pentingnya undang-undang adalah untuk kebaikkan dan keselamatan seluruh manusia. Namun begitu, wajarkah ianya memudharatkan manusia? Siapa boleh pertikai dengan IKHLAS bahawa tujuan UTAMA parking yang dibuat adalah untuk mengawal kedudukan kenderaan yang ditinggalkan agar tidak mengganggu laluan kenderaan yang bergerak. Jadi persoalannya ialah tujuan UTAMAnya ialah seperti yang saya sebutkan di atas atau UTAMAnya ialah untuk PENDAPATAN badan penguatkuasa kawasan/daerah?
Yang mana lebih baik? Tentunya ramai manusia menyokong bahawa undang-undang yang tidak memudharatkan manusia adalah lebih baik. Alangkah baik jika begitu. Kita redha jika melakukan kesalahan sehingga menyusahkan orang lain. Samanlah jika nyata parking di luar kotak.
Pihak yang berkenaan boleh mengurus & menetapkan kawasan mana yang boleh atau tidak untuk letak & tinggal kenderaan. Janganlah hanya kerana mementingkan PENDAPATAN lalu sangat mudah untuk mendatangkan PENGANIAYAAN kepada manusia. Hapuskan kaedah zalim yakni kena sewa parking dengan pembelian tiket parking. 'Alah, orang dah parking dalam kotak elok-elok, kan dah bagus tu..'.Banyak cara lagi untuk buat duit. Nak dapat KEBERKATAN rezeki & keredhaan Allah dalam kehidupan dunia & akhirat tak? Jawablah dengan seikhlasnya..

No comments:

Post a Comment