Recent Post

12 June 2013

Paip Bocor

Saya nak kongsi maklumat dengan pembaca tentang kejadian paip bawah tanah bocor.
Saya sedar tentang kebocoran tersebut tetapi tidak pasti di mana punca kebocoran tersebut dan teruknya kebocoran tersebut.
Biasanya bil bulanan SYABAS yang diterima tidak sampai RM10.00 dan kerap juga terima bil yang kosong nilainya. Terkejut chimpanzee juga bila bil bulan ni cecah RM100 lebih!

Ini adalah video keadaan meter yang kelajuannya memang luar biasa

Ini adalah keadaan kawasan car porch. Ada kebocoran berdekatan bawah kepala paip utama.



Beberapa percubaan untuk mengenalpasti tempat kebocoran tersebut dengan menutup tuil meter, tiada kedengaran kebocoran atau air mengalir. Kemudian tutup tuil kepala paip utama dan buka tuil meter, didapati air bocor dan kedengaran bocor serta meter meningkat laju.
Yang saya respect sangat ialah sikap perihatin seorang pegawai SYABAS yang meninggalkan surat untuk menyarankan saya untuk membuat pemeriksaan kebocoran. Saya yakin beliau telah sedari perkara ini setelah melihat meter meningkat dengan begitu ligat.
Ini adalah surat tersebut.

Terima kasih SYABAS, En.Azmi bin Mahmud.

1 comment: