Pada 04hb Julai 12 yang lepas saya telah pulang ke Pulang Pinang @Penang. Pada masa terluang, seperti biasa saya akan cari juga makanan-makanan kegemaran yang saya memang gemar sejak kecil lagi. Arwah ayah memang suka makan dan dia pernah bawa saya ke banyak tempat makan sehingga saya pun dah tak ingat tempat-tempat tersebut.
Contoh-contoh makanan kegemaran saya ialah seperti Nasi Kandar, Char Koay Teow dan Koay Teow Sup Lang Buana (Lang Buana adalah nama gerai tu. Ada satu lagi berdekatan jalan besar Gelugor).
Sekarang ni saya nak promote (takde komisyen pun..) Nasi kandar. Agak biasa bila kita dengar Nasi Kandar kat KL ni tapi yang susah kita jumpa ialah satu jenis lauknya iaitu TELOR SOTONG BESSAARR punya. Kat Penang agak mudah juga untuk cari tapi harganya agak mahal sikit, tapi berbaloi.
Biasanya selepas solah suboh di Masjid Besar Bayan Baru, saya akan singgah di tempat makan (kat Penang disebut Astaka, bukan astaga) belakang masjid tersebut. Kalau exactly selepas suboh biasanya takde la beratur panjang tetapi kalau dah jam 9 pagi ke atas, akan mula beratur panjang.
Inilah yang saya katakan tu, Telur Sotong Bessaarr punya (foto di atas adalah daripada laman web http://www.azuanzahdi.com. T.Kasih bro. Manakala yang di bawah adalah saya capture sendiri dengan menggunakan phone. Segan nak ambil banyak foto.):
Digoreng. Saya tak beberapa minat sangat.
Ini foto daripada camera phone saya:
Dimasak gulai kari. Sedap.. very moist, my favorite.
Sekian sahaja artikel Jalan-jalan cari makan saya kali ini. Saya sangat rekomen kepada viewers kalau sampai Penang jang lupa pekena Nasi Kandaq (jangan sampai tersandaq na.. :). Di samping tu try juga Char Koay Teow (malam sahaja. Kat area Bayan Baru) & Koay Teow Sup Lang Buana kat Gelugor. Selamat mencuba!