Recent Post

12 September 2012

Kipas Beeessssaaarrr

Pada 04/09/12, saya pergi ke kawasan Pandan Mewah di atas urusan kerja. Sudah dekat masuk waktu Zohor, singgah sekejap di sebuah masjid semasa menghala balik ke MRR2.
Saya memang pernah singgah agak lama dulu tapi kali ini ada sesuatu yang menarik perhatian ketika melangkah masuk ke dalam ruang solah utama.

Ini dia benda yang dikatakan tu:


Beessaarrnya kipas! Kalau tak silap ada la lebih kurang 12 kaki diameternya.
Masa duduk lepas solah tahiyyatul masjid kipas belum di'on' lagi tapi tak sabar nak tahu apakah efek bila di'on' nanti.
Bila dah 'on', fuh! Macam kat tepi pantai rasanya. Perlahan je pusingnya tapi memang 'cover' seluruh ruang solah utama.
Bagi saya ianya suatu inovasi yang amat kreatif dan pertama kali saya jumpa kat dalam masjid, mungkin anda dah pernah jumpa?
Tapi saya rasa yang susahnya kalau nak servis, kena gunakan skylifter lah jawabnya.

No comments:

Post a Comment